|
reality or fantasy ?
February 23, 2012 | 2/23/2012 | 0 comments
oh my. lamanya tak update. dah bersarang rupanya si dinding comel aku seh. hoho. okay now nak cerita ceritut pasal neh. apa dia ? pasal picture neh. picture apa ? picture aku dengan seorang lelaki. OMG ! OMG ! nak tengok kah ? eii maluu nak tunjuk. auww gedik pulak dah. okay okay. nah ini diaaaaaa :)tengok perempuan tuh sape ? aku laa kan. haish korang - korang. hempuk dengan sponge baru tahu :P that guy who is standing beside me is Aidel Gerrardo. form 4 right now. actually this is my first picture dengan dia. perasaan aku masa nak snap ? sah - sah laa aku maluu + berdebar + nak pitam and what so ever lah. thanks too farah sebab tolong panggil kan dia. kalau tak memang tak kan ada laa picture neh. *teruk betul -.-' eh aku letak picture neh bukan nak cerita pasal Aidel tapi nak cerita pasal Faez Zamri a.k.a pakcik busuk aku yang sekarang neh dah jadi balak orang laen. okay tadi dia online facebook and then comment dekat DP aku yang teramat sweet lagi tip top tuh. pergh ! bau cemburu dowgh. HAHA ! tergolek sorang - sorang aku tadi. tak percaya ? tekan gambar busuk lagi banga dekat atas tuh untuk buktinyah. hoho. oh ya lupa pulak. dia ada message dekat facebook aku macam neh 'i miss you so much !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' now aku dah tersentuh. sumpah aku rinduu kau jugak pakcik :') aku tahu kau masih sayang aku kalau tak rantai yang aku bagi tuh sah - sah kau dah pulangkan balik tapi hakikatnya rantai tuh x sampai pun dekat tangan aku sampai hari neh. kau bangun kan aku dari mimpi buruk aku sayang. kau tak pernah nak lupa aku even sesaat kan pakcik ? aku kagum dengan kau sebab kau tak mungkir janji tuh dari form 1 lagi. jangan pernah lupakan aku. thanks pakcik. pakcik, datang dekat nak kasi tahu sesuatu. aku tak kan ganti tempat kau dan tak pernah niat nak ganti. even ada lelaki laen dengan aku sekarang atau bila - bila, we just f.r.i.e.n.d not more than that. same jugak dengan Aidel tuh. kitaorang kawan sekolah. dia ada buah hati dia sendiri and aku ada buah hati aku sendiri and that's you sayang. mohammad faez bin zamri, there's no one can replace your place in my heart. remember that okay hunn. lots of love from me to you. muah muah kiri kanan :') 3 Tahun :))
February 14, 2012 | 2/14/2012 | 1 comments
oh 14.02, kau banyak bagi kebahagiaan untuk aku. kalau kami masih bersama, maknanya dekna kami dah berumur tiga tahun. segala yang kami rancang hancur macam tuh je. kitaorang ingat nak celebrate tapi harapan tinggal harapan. kau bukan lagi milik aku :') eh perasan tak yang tarikh tuh sama macam tarikh Valentine's Day ? yeah aku tahu. oh itu bukan bermakna kami nak sambut Hari Kekasih okay. cuma nak meraikan Anniversary kami tapi aku tahu aku tak kan pernah dapat. dah berbulan aku tunggu. duit yang aku nak guna untuk hari neh pun biar kan macam tuh je. sekarang takde lagi 'selamat pagi. dekna kita dah makin besar sayang. dekna kita akan ceria sampai kita sama - sama pejam mata.' tabahkan aku :'(( T R U T H - part II
February 13, 2012 | 2/13/2012 | 0 comments
sunyi. itu yang dapat aku cakap sekarang. kredit aku save semenjak kau tinggal aku. rasa macam membazir pulak kan. yelaa tamat aje tempohnya aku reload then tamat lagi aku reload. aku tunggu kau neh. tunggu kau mintak aku jadi 'isteri olok - olok' kau balik. kau pernah cakap kan yang aku sorang je yang pandai jaga hati kau. aku sorang je yang amik berat pasal kau. aku sorang je yang sanggup jadi teacher tak berbayar semata - mata nak tengok kau score dalam exam. ingat tak ? aku ingat lagi. aku ingat semua pasal kau. setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau, aku tak pernah cuba nak lupa. aku obses tentang kau. sampai aku sanggup nak bayar orang suruh dia tengok - tengok kan kau. gilaa kan aku ? *memang pun :') aku gilaa sebab kau sayang. aku nak DEKNA aku balik. bolek kan ? boleh kan ? boleh kan ? aku dah takde hala tuju dah sekarang. bila aku bukak je buku math, aku teringat time aku ajar kau sampai aku sanggup tak tidur malam sebab nak kau paham formula and solutions dia. aku baek kan ? baek sesangat untuk kau. sanggup okay abaikan makan minum aku sebab nak tengok kau happy bila result PMR keluar nanti. aku tahu pengorbanan aku cuma 'ciput macam segenggam nasi je tapi kau sedar x nasi yang dalam genggaman tuh bukan sebiji tapi banyak ? terlalu banyak.' kenapa kau buat aku macam neh ? kau lupa segala janji kita. kau lupa segala kenangan kita. kau lupa segala yang kawan - kawan kau pesan. kau lupa yang aku terlalu bermakna untuk diri kau dulu. kau lupa segalanya sayang. dia dah tutup hati kau untuk aku sedang kan aku yang terpaksa lepas kan kau untuk mempertahan kan hubungan adik - akak antara aku dengan dia. sepatutnya aku yang kecapi segalanya tapi kenapa aku yang kena berkorban sebab dia ? kakak cakap aku terlalu kesian kan orang sampai orang guna kan aku pun aku x nampak. aku tak suka cari gaduh. dia yang datang mengadu dekat aku yang dia x nak di dua kan. kau tengok betapa hancurnye hati aku. sepatah kata 'terima kasih' pun tak ucap. maki hamun yang aku dapat. puas hati kau ? kau seksa aku sayang. perit sangat. kau boleh bela dia sedang kan aku lah mangsa keadaan sekarang. sanggup kau buat aku macam neh. kau cakap aku macam - macam tapi kau sedar x yang kau terlebih EGO ? kau nak aku berubah ? yes aku cuba tapi kau x pernah nak sokong aku. malah kau asyik salah kan aku. aku pendam je segalanya. aku cuba ikut segala syarat yang kau bagi tapi aku selalu langgar satu syarat tuh. aku x boleh berhenti menangis. hari - hari aku hidup dengan air mata. tidur dengan air mata dan bangun pun dengan air mata jugak. sekarang hidup aku kosong. dah takde dah 'baby, bakpo payoh bena nak make ubat ? papa malah baek nge baby baru tahu.' dan takde jugak 'papa nak jago baby sapa baby sembuh.' sekarang peneman setia aku time sakit cumalah bayangan kau. thanks again for everything. kau dah banyak berkorban untuk aku even aku agak degil dan tak satu kepala dengan kau. aku tetap tunggu kau tau :') aku akan sentiasa berdoa supaya kau sihat, berjaya dalam hidup dan temui jodoh yang lebih baek dari aku. jaga diri kau elok - elok. aku tetap tunggu kau sampai akhir hayat aku. sayang kau :'D T R U T H - part I
February 9, 2012 | 2/09/2012 | 0 comments
lahir satu lagi entry. to bloggers yang sudi stalk blog aku, sorry ye sebab selalu keluar pasal dia je. dekat sini je aku boleh meluah. harap korang paham :) first thing yang aku nak cakap AKU RINDU PAKCIK SANGAT - SANGAT ! sekarang dah 2 minggu aku hidup tanpa dia. Ya Allah. peritnya aku rasa. aku rindu kan suara dia. aku rindu kan ketawa dia. aku rindu kan manja dia. aku rindu semua tentang kau pakcik. kau tahu kenapa aku gilaa kan kau ? sebab aku sayang kan kau. sayang sangat - sangat. masa kau datang jumpa aku, aku betul - betul tak sangka yang aku akan menangis semahu - mahu aku depan kau. kau dah betul - betul berubah sayang. aku nak kau yang dulu. aku nak pakcik aku yang paham aku dan selalu ada untuk aku. kau tahu kan yang aku tak kan pernah ganti kan tempat kau dalam hati aku ? aku sanggup tolak insan yang setia tunggu aku sebab aku tak nak perasaan sayang / cinta aku dekat kau beralih untuk orang lain. kalau aku berani cakap yang aku boleh hidup tanpa kau, aku silap. setiap saat aku tak pernah cuba nak lupa kan kau. kau sebahagian dari aku. tak ada kau aku mati pakcik. mati dari jadi diri aku sendiri. mati dari jadi seorang yang kuat macam kau mula - mula kenal dulu. kawan - kawan aku cakap 'jangan terlalu berharap' tapi hari - hari aku langgar sebab aku tak sanggup hilang kau selama - lamanya. berpisah untuk 2 minggu dah betul - betul buat aku merana. kau seksa jiwa aku sayang. kau buat aku tunggu mesej kau hari - hari. kau buat aku tunggu panggilan kau malam - malam sampai aku lupa kan sekolah. aku lupa hidup aku sekarang. aku nak kau balik. hari - hari aku berharap yang kau akan datang kepada aku dan cakap yang kau tak nak lepas kan aku sampai mati. aku nak kau sayang. dengan kau baru aku dapat hidup aku balik. sedakarang dunia aku cuma 'kesepian . tangisan . kesengsaraan .' Kuatkan Aku Ya Allah :'(
February 3, 2012 | 2/03/2012 | 0 comments
lahir satu lagi entry. bila baca aje entry dalam blog kak nadiah tadi, aku mula berpikir. yes ! sekasar mana dan sekuat mana pun perempuan itu, pasti akan menangis juga. begitu juga dengan lelaki. aku tahu sebab aku dah dengar seorang lelaki yang menangis teresak - esak sebab aku lepas kan dia pergi semata - mata nak tengok dia bahagia dengan perempuan lain. pengorbanan terbesar aku tahun 2012. aku belajar untuk tidak bergantung dekat dia lagi. aku belajar untuk tak menangis bila teringat / perlukan dia bila aku susah tapi aku tak boleh. hati aku terlalu berat untuk lupakan dia. aku terpaksa berbohong dengan semua orang dan yang paling perit aku bohong perasaan aku sendiri. hati aku dah cukup terluka bila aku pura - pura benci kau. sekarang aku selalu demam and sakit macam - macam sebab aku rinduu gilaa - gilaa dekat kau. aku terpaksa lari dari kenyataan yang aku masih sayang kau ketat - ketat macam dulu. aku benci bila aku kena cakap yang kau dah tak ada lagi dalam hati aku. aku benci bila aku terpaksa buat - buat happy depan kau sedangkan hati aku renyuk seribu. aku benci bila aku kena cover rasa sedih aku depan kawan - kawan sedangkan hati aku memberontak suruh aku menangis. aku benci bila aku terpaksa cakap yang kau dah mati dan hilang dari hidup aku sedangkan aku tak pernah cuba nak lupakan kau. terima kasih sayang. kau dah cukup buat aku gilaa dengan semua neh. aku sayang kau. sayang aku dekat kau macam sayang seorang isteri dekat suami dia. kau dah ubah hidup aku dengan hargai aku dan terima aku dengan apa adanya tapi sekarang kau ubah hidup aku lagi. kau jadikan aku perempuan yang hidup dengan air mata hari - hari. aku akan cuba hidup kan balik aku yang dulu kalau aku masih kuat macam dulu. aku sayang kau pakcik :') |